Wednesday 24 October 2012

Tandas Terbaikk..

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian, hari ini saya ingin kongsikan tentang tajuk "tandas terbaik" .. Tandas terbaik memang lah menjadi idaman setiap masyarakat dari segi kebersihat, keselamatan, dan juga dari segi kekemasan.. itulah yang kita nak apabila menggunakan tandas kan? tak kira la di rumah ke di pejabat ke di tempat-tempat awam ke.. Tandas mesti kita nak yang bersih kan.. Saya sangat suka dengan tuan punya tandas ini.. tandas dia cukup bersih dan wangi ketika itu.. tapi siap dilengkapi mangga untuk mengunci takungan air tandas itu.. motifnya mungkin disebabkan dia tak nak orang dok buang sampah ke dalam takungan tandas itu nanti tersekat air nak keluar menyusahkan pengguna lain pula lagi-lagi bila orang buang rokok ke dan benda yang tak sepatutnya tu.. saya ucapkan syabas kepada pemilik tandas ini.. disini saya ada sertakan gambarnya..

(Syabas saya ucapkan kepada tuan..)



Terima kasih sahabat sekalian kerana mengunjungi blog saya ini, jka terdapat idea-idea menarik yang positif boleh lah dokongsikan bersama yer.. =)

Tuesday 23 October 2012

Si Kecil dan Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian, Si kecil memang tidak boleh dipisahkan dengan coklat ni.. klau sebut nak p beli coklat la msti si kecil la yang sangat-sangat gembira tersangat-sangat tak tau kenapa.. kenapa yaa? ..mungkin disebabkan perasaan yang selesa ketika mereka menikmati coklat itu agaknya.. klau dah dapat coklat tu laa, bagi kerepek pisang pun dia buat tak heran.. hehehe.. banyak jugak pengalaman saya dapat ketika bersama si comel.. salah satunya seperti gambar dibawah ini.. jika saya tengok lama-lama saya pasti tergelak sorang-sorang. kerana riak mukanya sedang menikmati coklat diganggu dengan cahaya lampu kamera.. hihihi.. disini saya ingin kongsikan bersama ya.. =)

Inilah si comel yang saya selalu tersenyum melihat gelagatnya.. hehehe..

Terima kasih para sahabat kerana sudi mengunjungi blog saya, jika terdapat idea2 yang positif bolehlah dikongsikan bersama yer.. =)

Mug,Cawan,Gelas Sumber motivasi Inspirasiku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada sahabat-sahabatku sekalian, Hari ini saya ingin kongsikan bersama berdekatan dengan tajuk "Mug,cawan,gelas Sumber Motivasi Inspirasiku" dengar pun rasa mcm best dah.. hehehe..
idea ini dibuat sendiri oleh saya sebab kekadang saya ashik tengok orang dok minum sambil berdiri,berjalan dan sebagainya.. itu yang tercetus idea nak diri ni cipta 1 benda ni.. hehehe.. mudah ja.. guna Marker Pen permenant.. klau dah padam tulis balik.. biasanya  markerpen permenant ni lambat padam daripada biasa tp klau dah padam tulis balik dengan motivasi terbaru untuk diri anda.. selamatt mencubaa.. hehehe.. =)






Yang dibawah ni pulak bagi sesiapa yang kerap tak nampak cawan ke mug ke gelas dia ke kt tempat dia.. klau tulis ni mungkin risiko xnampak tukurang 30%.. hihihi..



Terima kasih sahabat sekalian kerana mengunjungi blog saya ini.. jika terdapat info-info yang menarik bolehlah kita kongsikan bersama yerr.. =)

Monday 22 October 2012

Keliru makan Nasi Goreng ke Bihun Goreng?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian, Anda sukar pilih makanan yang perlu dimakan? Bihun Goreng @ Nasi Goreng ?.. Rasa sebersalah jika 1 makan tak ambil dan satu lagi tak ambil?.. Jadi macam inilah campurkan jer kedua2nya.. letak sebelah-sebelah.. Jika anda jenis makan sikit-sikit letak jer sikit-sikit dan jika sederhana-sederhana letak jer sederhana-sederhana..kedua-dua boleh dimakan serta nampak pun enak bangattt.. =)







Kalau boleh letakkan telur goreng untuk rasa yang extra enak.. =)


Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya.. jika terdapat idea-idea yang positif bolehlah kongsikan bersama yer... =)

Telur tertulis khalimah ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabatku sekalian, hari ini saya ingin kongsikan gambar yang saya dapat dari rumah sahabat saya yang tinggal di putrajaya iaitu telur yang ada tertulis khalimah ALLAH. Saya sudah mendapat izin daripada tuan punya item ini untuk dikongsikan bersama..

Inilah gambarnya :





Terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian kerana sudi mengunungi blog ini, jika ada idea-idea menarik yang positif bolehlah kongsikan bersama ya.. =)

Sunday 21 October 2012

Kacang Bendi(Belendiaq) Panjang


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat sekalian, hari ini saya ingin kongsikan bersama semua iaitu kacang bendi atau orang kedah cakap iaitu kacang Belendiaq.. kacang bendi ini memang sangat sedap dimakan bersama gulai, masak kicap, dan ada juga yang buat ulam-ulam segar ketika makan tu. Biasanya kita pernah tengok di pasaran kacang bendi yang panjangnya dalam lingkungan 10cm -20cm ja kan? tapi hari ini saya igin kongsikan bersama anda kacang bendi yang saya tanam yang panjangnya hampir 40cm.. Percaya tak anda? klau bagi mereka yang biasa yang tanam bendi ini mungkin tidak pelik tapi bagi mereka yang pertama kali tengok pasti akan rasa pelik sikit rasanya.. Benih bendi ni pun payah nak dapat kat luar..Rasa bendi ni rapuh agak lendir daripada bendi yang dijual dipasaran.. gambar ini saya ambil beberapa tahun dulu.. Bendi dibawah ni usianya dah matang dan boleh dipetik untuk dimakan.. Nyum x3.. klau tunggu lama sikit ka nanti luat sunggoh la bendi ni.. macam makan kulit kayu.. hahaha.. 
Inilah gambarnya... ^^


Inilah kacang bendi tu.. hehehe.. 


Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya.. jika sahabat ada idea-idea yang menarik bolehlah dikongsi bersama ya... ^^

Saturday 20 October 2012

Saja-saja training dengan sahabat menggunakan AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR, Lens.



Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabatku sekalian, hari ini hari ahad..disini ada beberapa gambar yang lama yang hendak saya kongsikan.. waktu ni hanya tahu main-main angle saja.. teknik-teknik photography tak brapa tahu lagi.. daripada simpan baik saya kongsikan bersama.. ^^







Terima Kasih kepada sahabat kerana sudi jadi subjek pada gambar ini.. hehehe..


Terima kasih kerana sudi mengunjingi blog saya ini, jika terdapat idea-idea positif  bolehlah dikongsikan bersama yer.. =)