Wednesday 19 September 2012

Perintah beriman kepada Allah dan rasul-nya, hukum-hukum agama, seruan, bertanya, memeliharanya dan menyampaikannya kepada orang lain.

6.Kitab Iman

Hadith riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rombongan utusan Abdul Qais datang menemui Rasulullah saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah saw, kami berasal dari dusun Rabiah. Antara kami dan engkau, terhalang oleh kafir Bani Mudhar. Kerana itu, kami tidak dapat datang kepadamu kecuali pada bulan-bulan Haram iaitu Zulkaidah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Kerana itu perintahkanlah kami dengan sesuatu yang dapat kami kerjakan dan dapat kami serukan kepada orang-orang dibelakang kami.

Rasululah saw. bersabda: Aku perintahkan kepada kalian empat hal yang melarang kalian dari empat hal. Perintah itu ialah beriman kepada Allah kemudian beliau menerangkannya.

Beliau bersabda: Bersaksi bahawa tiada tuhan salain Allah, mendirikan sholat, membayar zakat dan memberikan seperlima harta rampasan perang kalian.

Dan aku melarang kalian dari arak dubba' arak yang disimpan dalam batok, arak hantam arak yang disimpan dalam kendi yang diperbuat dari tanah, rambut dan darah, arak naqier arak yang disipan dalam kendi dari batang pohon dan arak muqayyar arak yang disimpan dalam potongan tanduk.

Shahih Muslim No.23

No comments:

Post a Comment