Tuesday, 18 September 2012

Iman menyebabkan masuk syurga ...

4. Kitab Iman.

Iman menyebabkan masuk syurga dan barang siapa menjalankan apa yang diperintahkan, niscaya ia akan masuk syurga.

Hadits riwayat Abu Ayyub Al-Anshari ra..:

Bahawa Seorang badui menawarkan diri kepada rasulullah saw. dalam pejalanan untuk memengang tali kekang unta beliau. Kemudian orang itu berkata: Wahai rasulullah atau Ya Muhammad, beritahukan kepadaku apa yang dapat mendekatkanku kepada syurga dan menjauhkanku dari neraka. Nabi saw. tidak segera menjawab. Beliau memandang para sahabat, seraya bersabda: Ia benar-benar mendapat petunjuk. Kemudian beliau bertanya kepada orang tersebut: Apa yang Engkau tanyakan? Orang itu pun mengulangi perkataannya. Lalu Nabi saw. bersabda: Engkau beribadah kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan sholat, menunaikan zakat dan menyambung tali persaudaraan. Sekarang, tinggalkanlah unta itu.
Sahih Muslim No.14.



Hadith riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa seorang badui datang menemui Rasulullah saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukanlah kepadaku sesuatu perbuatan yang apabila aku lakukan, akan masuk syurga. Rasulullah saw. bersabda: Engkau beribadah kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan sholat fardu, membayar zakat dan puasa ramadan. Orang itu berkata: Demi Zat yang menguasai diriku, aku tidak akan menambah sedikit pun dan tidak akan menguranginya. Ketika orang itu pergi, Nabi saw. bersabda: barang siapa yang senang melihat seorang ahli syurga maka lihatlah orang ini.
Shahih Muslim No16.

No comments:

Post a Comment