Saturday, 20 October 2012

Contoh Gambar Macro dengan menggunakan AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR Lens.

Assalamualaikum semua, hari ini saya ada membuat sedikit ujikaji percubaan untuk mendapatkan Gambar "MACRO" dengan menggunakan AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR Lens dan body Nikon D3000. Tetapi dengan bantuan "Macro Filter" alhamdulillah saya dapat menyiapkan ujikaji saya. Untuk mengambil gambar Macro dengan lebih cantik kita perlulah mengunakan "Tripod Stand" supaya kamera tidak mengalami gegaran, kerana sedikit gegaran boleh mengakibatkan penjejasan tumpuan utama pada gambar tersebut.

Ujikaji Hari ini: Mengambil Gambar Macro tanpa menggunakan tripod. sangat menguji kesabaran.. ^^

 kita lihat gambar diatas kelihatan titik fokusnya agak kabur.. ini kerana ada sedikit pegerakan pada lensa ketika mengambil gambar.

 Gambar ini kelihatan agak baik tapi kurang dari segi fokusnya kepada subjek yang hendak diambil kerana ada sedikit pegerakan pada lensa itu sekali lagi.

 Gambar ini kelihatan agak kemas daripada yang sebelumnya.. tetapi subjek tersebut kelihatan agak jauh dari pandangan bagi mereka yang sukakan objek tersebut pada jarak yang lebih dekat.

Jadi gambar itu di "Crop" kan supaya subjek menjadi lebih dekat apabila melihat. Gunakanlah skill "Crop" anda dengan cara tersendiri supaya gambar itu kelihatan menarik apabila dipandang. ^^

Terima Kasih Kerana mengunjungi Blog saya, jika ada idea2 positif untuk penambahbaikan bolehlah berkongsi bersama.. ^^

No comments:

Post a Comment