Showing posts with label Percayakah anda?. Show all posts
Showing posts with label Percayakah anda?. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Tandas Terbaikk..

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian, hari ini saya ingin kongsikan tentang tajuk "tandas terbaik" .. Tandas terbaik memang lah menjadi idaman setiap masyarakat dari segi kebersihat, keselamatan, dan juga dari segi kekemasan.. itulah yang kita nak apabila menggunakan tandas kan? tak kira la di rumah ke di pejabat ke di tempat-tempat awam ke.. Tandas mesti kita nak yang bersih kan.. Saya sangat suka dengan tuan punya tandas ini.. tandas dia cukup bersih dan wangi ketika itu.. tapi siap dilengkapi mangga untuk mengunci takungan air tandas itu.. motifnya mungkin disebabkan dia tak nak orang dok buang sampah ke dalam takungan tandas itu nanti tersekat air nak keluar menyusahkan pengguna lain pula lagi-lagi bila orang buang rokok ke dan benda yang tak sepatutnya tu.. saya ucapkan syabas kepada pemilik tandas ini.. disini saya ada sertakan gambarnya..

(Syabas saya ucapkan kepada tuan..)



Terima kasih sahabat sekalian kerana mengunjungi blog saya ini, jka terdapat idea-idea menarik yang positif boleh lah dokongsikan bersama yer.. =)

Tuesday, 23 October 2012

Mug,Cawan,Gelas Sumber motivasi Inspirasiku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada sahabat-sahabatku sekalian, Hari ini saya ingin kongsikan bersama berdekatan dengan tajuk "Mug,cawan,gelas Sumber Motivasi Inspirasiku" dengar pun rasa mcm best dah.. hehehe..
idea ini dibuat sendiri oleh saya sebab kekadang saya ashik tengok orang dok minum sambil berdiri,berjalan dan sebagainya.. itu yang tercetus idea nak diri ni cipta 1 benda ni.. hehehe.. mudah ja.. guna Marker Pen permenant.. klau dah padam tulis balik.. biasanya  markerpen permenant ni lambat padam daripada biasa tp klau dah padam tulis balik dengan motivasi terbaru untuk diri anda.. selamatt mencubaa.. hehehe.. =)






Yang dibawah ni pulak bagi sesiapa yang kerap tak nampak cawan ke mug ke gelas dia ke kt tempat dia.. klau tulis ni mungkin risiko xnampak tukurang 30%.. hihihi..



Terima kasih sahabat sekalian kerana mengunjungi blog saya ini.. jika terdapat info-info yang menarik bolehlah kita kongsikan bersama yerr.. =)

Monday, 22 October 2012

Telur tertulis khalimah ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabatku sekalian, hari ini saya ingin kongsikan gambar yang saya dapat dari rumah sahabat saya yang tinggal di putrajaya iaitu telur yang ada tertulis khalimah ALLAH. Saya sudah mendapat izin daripada tuan punya item ini untuk dikongsikan bersama..

Inilah gambarnya :





Terima kasih kepada sahabat-sahabat sekalian kerana sudi mengunungi blog ini, jika ada idea-idea menarik yang positif bolehlah kongsikan bersama ya.. =)

Sunday, 21 October 2012

Kacang Bendi(Belendiaq) Panjang


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat sekalian, hari ini saya ingin kongsikan bersama semua iaitu kacang bendi atau orang kedah cakap iaitu kacang Belendiaq.. kacang bendi ini memang sangat sedap dimakan bersama gulai, masak kicap, dan ada juga yang buat ulam-ulam segar ketika makan tu. Biasanya kita pernah tengok di pasaran kacang bendi yang panjangnya dalam lingkungan 10cm -20cm ja kan? tapi hari ini saya igin kongsikan bersama anda kacang bendi yang saya tanam yang panjangnya hampir 40cm.. Percaya tak anda? klau bagi mereka yang biasa yang tanam bendi ini mungkin tidak pelik tapi bagi mereka yang pertama kali tengok pasti akan rasa pelik sikit rasanya.. Benih bendi ni pun payah nak dapat kat luar..Rasa bendi ni rapuh agak lendir daripada bendi yang dijual dipasaran.. gambar ini saya ambil beberapa tahun dulu.. Bendi dibawah ni usianya dah matang dan boleh dipetik untuk dimakan.. Nyum x3.. klau tunggu lama sikit ka nanti luat sunggoh la bendi ni.. macam makan kulit kayu.. hahaha.. 
Inilah gambarnya... ^^


Inilah kacang bendi tu.. hehehe.. 


Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya.. jika sahabat ada idea-idea yang menarik bolehlah dikongsi bersama ya... ^^

Saturday, 20 October 2012

Durian dalam Durian ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 sekalian, hari ini saya ingin kongsikan gambar yang saya ambil beberapa tahun lepas iaitu " Durian dalam durian" nampak mcm sangat-sangat pelik kan? tapi ada juga saya dengar ada orang lain pun pernah dapat gambar seperti ini dan disiarkan di surat khabar.. gambar ni nmpak mcm durian tu mgandung pulak.. ade baby durian dlm durian tersebut.. gambar ini diambil sewaktu saya mengziarahi nenek sahabat saya di yan kedah. jadi gambar ini saya ingin tunjukan kepada semua... =)


Inilah gambar duriannya.. comel sangat-sangat rasanya pun enak bangattt.. hehehe.. 


Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi melihat blog saya ini, jika ada idea-idea yang positif bolehlah berkongsikan bersama yer.. =)

Cili Kembar Dua ?

Assalamualaikum sahabatku sekalian, Pernahkah anda melihat Cili atau Cabai kembar dua? mungkin bagi sesetegah orang ini bukanlah pekara yang ajaib sangat.. tetapi bagi sesiapa yang belum pernah tengok pasti akan rasa teruja dan terkejut dengan keajaiban yang dikurniakan oleh Allah S.w.t..

Kejadian ini berlaku ketika 3 tahun lepas rasanya ketika saya tengah mengelas cili di pasar tani @ pekan nad @ pasar pagi bertempat di kota sarang semut.. Sambil membeli sambil lagi saya sempat mengankap gambar dengan menggunakan camera hanphone yang sekarang ni dah masuk air.. ^^

Inilah gambarnya yang saya ingin kongsikan bersama rakan2 sekalian.



Murah!!  Beli 1 dapat 2.. ^^

Terima Kasih semua kerana sudi mengunjungi bloq ini.. Jika ada idea menarik untuk penambahbaikan bolehlah kita kongsi bersama ya..

Monday, 24 September 2012

100 Orang paling berpengaruh sepanjang zaman.


buku yang paling menjadi bacaan di seluruh dunia, "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History". (Terbitan New York: Carol Publishing Group/Citadel Press)
karya Michael H. Hart yang diterbitkan pada 1978.

Buku ini menyenaraikan senarai 100 manusia paling berpengaruh di dunia:

1 Nabi Muhammad SAW

2 Isaac Newton

3 Nabi Isa

4 Buddha

5 Confucius

6 Saint Paul

7 Tsai Lun

8 Johan Gutemberg

9 Chirstopher Columbus

10 Albert Einstein

11 Karl Marx

12 Louis Pasteur

13 Galileo Galilei

14 Aristoteles

15 V.I. Lenin

16 Nabi Musa

17 Charles Darwin

18 Chin Huang Ti

19 Agustus Caesar

20 Mao Tse-tung

21 Genghis Khan

22 Euclid

23 Martin Luther

24 Nicolas Copernicus

25 James Watt

26 Constantine the Great

27 George Washington

28 Michael Faraday

29 James Clerk Maxwell

30 Orville dan Wilbur Wright

31 Antoine Laurent Lavoisier

32 Sigmund Freud

33 Iskandar Zulkarnaen

34 Napoleon Bonaparte

35 Adolf Hitler

36 William Shakespeare

37 Adam Smith

38 Thomas Edison

39 Anton van Leuwenhoek

40 Plato

41 Gugleilmo Marconi

42 Ludwig van Beethoven

43 Werner Heisenberg

44 Alexander G. Bell

45 Alexander Fleming

46 Simon Bolivar

47 Oliver Cromwell

48 John Locke

49 Michelangelo

50 Paus Urban II

51 Umar bin Khatab

52 Asoka

53 Sain Augustine

54 Max Planck

55 John Calvin

56 William Morton

57 William Harvey

58 Antoine Becquerel

59 Greger Mendel

60 Joseph Lister

61 Nicholas August Otto

62 Louis Daguerre

63 Joseph Stalin

64 Rene Descartes

65 Julius Caesar

66 Francisco Pizarro

67 Hernando Cortes

68 Ratu Isabella I

69 William the Congqueror

70 Thomas Jefferson

71 Jean Jasques Rousseau

72 Edward Jenner

73 Wilhelm Rontgen

74 Johan Sebastian Bach

75 Lau-tzu

76 Enrico Perni

77 Thomas Maltus

78 Francis Bacon

79 Voltaire

80 John F. Kennedy

81 Gregory Pincus

82 Sui Wen Ti

83 Mani (Manes)

84 Vasco da Gama

85 Charlemagne

86 Cyrys the Great

87 Leonard Euler

88 Nicollo Machiavelli

89 Zoroaster

90 Menes

91 Peter the Great

92 Mencius

93 John Dalton

94 Homer

95 Ratu Elizabeth I

96 Justinian I

97 Johannes Kepler

98 Pablo Picasso

99 Mahavira

100 Niels Bohr.

Alasan Hart memilih Nabi Muhammad S.A.W di tangga pertama ialah:

"Saya memilih Muhammad bagi mengetuai senarai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain.

"Akan tetapi Baginda merupakan satu-satunya dalam sejarah dunia yang mencapai kejayaan yang paling gemilang yang tidak sahaja dalam agama malah di peringkat sekular (dunia)," kata Hart.

Jika Hart mampu mengenali Rasulullah sebegini dekat, bermakna penulis buku ini begitu mengkaji seluruh sejarah riwayat hidup sehingga kewafatan Baginda.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah manusia yang teragung selamanya dan mampu memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak.
Marilah sama-sama kita berselawat ke atas jujungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W